Polis tahan lelaki bersama pistol, 36 peluru di Kota Bharu
KOTA BHARU – Polis menahan seorang lelaki dan merampas sepucuk pistol bersama 36 butir peluru hidup dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Kampung Sireh, di sini, Sabtu lalu.
Lelaki berusia 50 tahun itu diberkas kira-kira jam 5 pagi oleh sepasukan anggota dari Cawangan Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dengan kerjasama Cawangan D4 JSJ IPK.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat memaklumkan suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau selain sembilan rekod berkaitan narkotik.
“Ujian saringan air kencing terhadap lelaki itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971 yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang enam sebatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Suspek kini direman selama empat hari bermula 7 September hingga esok mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








