BERITA SEMASA

Australian Border Force kongsi kepakaran dengan agensi penguat kuasa tempatan

KOTA TINGGI – Pakar risikan dan operasi jenayah rentas sempadan, Australian Border Force (ABF) memulakan bengkel bersama agensi-agensi penguat kuasa tempatan sempena Operasi Redback (Op Redback) ke-18 bermula hari ini sehingga 10 Mei depan.

Menurut Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Aminuddin Abdul Rashid, penglibatan ABF dapat membantu pelbagai agensi tempatan dalam menangani isu-isu jenayah khususnya rentas sempadan.

“Seramai 25 orang pegawai penguat kuasa dari pelbagai agensi menyertai bengkel ini bagi memantapkan lagi penguasaan agensi tempatan dalam menangani isu-isu jenayah khususnya rentas sempadan.

“Antara agensi terlibat termasuklah Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Perasmian Op Redback XVIII di sini, hari ini.

Yang hadir sama, pada Majlis Perasmian Op Redback XVIII Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Nurul Hizam Zakaria dan Kaunselor ABF Supretendant John Flaming.

Tambah Aminuddin, beliau juga mengingatkan masyarakat agar tidak dipergunakan oleh sindiket jenayah dengan menjadi ejen sindiket seperti tonto, `spotters’, `transporters’ dan sebagainya.

“Walaupun bayaran yang diberikan agak lumayan, namun masyarakat perlu mengetahui dan menyedari hukuman berat yang akan dikenakan kepada individu yang melakukan jenayah di laut sekiranya ditahan dan dihadapkan ke mahkamah,” tegasnya.

Untuk rekod, Op Redback merupakan kerjasama yang telah dilaksanakan sejak 10 tahun lalu hasil daripada perjanjian yang telah dimeterai antara Maritim Malaysia dan ABF dalam usaha membanteras aktiviti jenayah di laut khususnya aktiviti jenayah rentas sempadan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button