Wanita ditahan bukan ibu kandung dua kanak-kanak maut
PORT DICKSON – Polis mengesahkan wanita yang ditahan bersama seorang lelaki berhubung kejadian dua kanak-kanak maut selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke Sungai Linggi di Jeti Tanjung Agas, semalam, merupakan kekasih suspek lelaki, bukannya ibu kandung kepada mangsa.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, lelaki tempatan berusia 46 tahun yang disyaki bapa mangsa, ditahan bersama seorang wanita berusia 41 tahun selepas memberikan keterangan meragukan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.
“Pasangan kekasih itu kini direman tujuh hari selepas permohonan dibenarkan Mahkamah Majistret Seremban, hari ini. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Ibu kandung kepada dua kanak-kanak tersebut kini sedang dikesan bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.
Menurut Maslan, semakan mendapati suspek lelaki memiliki 16 rekod jenayah lampau termasuk empat kes dikehendaki polis.
Beliau berkata, beberapa individu sudah dipanggil bagi diambil keterangan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Kejadian tragis itu menggemparkan penduduk setempat selepas video dan gambar kereta terjunam ke dasar sungai tular di media sosial.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








