Suri rumah ‘lenyap’ selepas masuk ke tandas
JAKARTA – Seorang suri rumah dilaporkan ‘hilang’ selepas masuk ke tandas yang terletak di bahagian bersebelahan dapur rumahnya di Desa Cilame, Bandung, Jawa Barat, Indonesia.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila mangsa dihanyutkan arus sungai selepas bahagian lantai bilik mandi itu runtuh ke dalam sungai di belakang rumahnya.
Susulan itu, pihak berkuasa memperluaskan operasi mencari dan menyelamat suri rumah yang dikenali sebagai Enok, 43.
Ketua polis tempatan, Oeng Hoeruman berkata, mangsa dipercayai dihanyutkan arus sungai sejurus kejadian berlaku pada pukul 4 petang Isnin lalu.
“Dapur dan bilik mandi rumah mangsa berada tepat di atas Sungai Cijagra,” katanya.
Menurut laporan Tribun Jabar, operasi mencari dan menyelamat membabitkan polis, Tentera Nasional Indonesia, Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan, Badan Pengurusan Bencana Daerah serta bomba, dengan pencarian dipergiat di sepanjang aliran sungai berkenaan.
Puluhan anggota digerakkan termasuk penggunaan beberapa perahu bagi menjejaki mangsa di kawasan sukar diakses melalui darat.
“Setakat ini mangsa masih belum ditemui dan operasi diteruskan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








