
14 terkorban, puluhan cedera dalam tragedi bangunan runtuh di Karachi
KARACHI – Sekurang-kurangnya 14 terkorban manakala 13 lagi cedera apabila sebuah bangunan kediaman lima tingkat runtuh di kawasan miskin Lyari, semalam.
Insiden tragis yang berlaku sekitar pukul 10 pagi menyaksikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa diteruskan tanpa henti sepanjang malam.

Ketua Perkhidmatan Penyelamat 1122, Abid Jalaluddin Shaikh, memaklumkan bahawa operasi SAR masih diteruskan untuk mengeluarkan ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan.
Menurut pegawai polis, Summiaya Syed, 14 orang disahkan maut manakala 13 lagi cedera dan dihantar ke hospital berdekatan.
Pegawai kanan polis, Arif Aziz, menjelaskan bahawa bangunan tersebut dipercayai dihuni kira-kira 100 orang ketika kejadian dan keadaan struktur yang uzur mungkin menjadi punca runtuhan.
Seorang penduduk, Jumho Maheshwari, 70, berkata, enam ahli keluarganya yang tinggal di tingkat satu masih belum diketahui nasib mereka.
“Saya keluar bekerja awal pagi dan tidak sangka ini yang berlaku. Kini saya hanya mampu berdoa agar mereka masih hidup,” katanya.
Seorang lagi penduduk, Shankar Kamho, memaklumkan bahawa isterinya sempat melarikan diri dan memberi amaran kepada jiran-jiran sebelum bangunan itu runtuh kira-kira 20 minit kemudian.
Kawasan Lyari sebelum ini sering dikaitkan dengan isu penempatan padat dan bangunan tidak selamat.
Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta menilai tahap keselamatan struktur sekeliling.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








