JENAYAH & MAHKAMAH

Abang cekik adik hingga mati direman hari ini

MELAKA – Pelajar lelaki berusia 14 tahun yang disyaki mencekik adik kandungnya hingga maut di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu, di sini, semalam akan dibawa ke Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh untuk proses permohonan reman.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, suspek dijangka dibawa ke mahkamah pada jam 10 pagi.

Beliau berkata, pihaknya akan melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dari segenap aspek termasuk motif suspek bertindak mencekik adik lelakinya berumur sembilan tahun itu sehingga meninggal dunia,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Media malam tadi melaporkan seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dicekik oleh abang kandungnya di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu, di sini, kira-kira 12 tengah hari semalam.

Difahamkan kejadian disedari ibu mereka selepas terlihat perbuatan suspek melalui sistem kamera litar tertutup (CCTV) di telefon bimbitnya sebelum menghubungi jiran untuk membantu memeriksa keadaan anaknya.

Mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di bahagian muka, hidung dan leher.

Siasatan polis mendapati semasa kejadian suspek hanya tingal berdua bersama adiknya itu manakala ibu bapanya keluar bekerja.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button