Tiga beranak ditemukan maut dalam rumah di Tambun
IPOH – Seorang wanita bersama dua anak perempuannya ditemukan maut di dalam sebuah bilik di rumah mereka di Bandar Baru Tambun di sini semalam.
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 46 tahun manakala dua anaknya masing-masing berumur 11 dan 12 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada pukul 9.10 malam sebelum sepasukan pegawai dan anggota polis digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati ketiga-tiga mangsa telah meninggal dunia di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.
“Siasatan turut menemukan sebuah bekas yang dipercayai mengandungi sisa arang yang telah dibakar di dalam bilik tersebut.
“Pemeriksaan awal oleh pasukan forensik juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh ketiga-tiga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat semua mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi menjalani bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















