JENAYAH & MAHKAMAH

Inspektor Sheila ditahan dipercayai cetus kekecohan semasa Thaipusam di Batu Caves

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis wanita yang digantung tugas, dikenali sebagai Inspektor Sheila, ditahan polis selepas dipercayai mencetuskan kekecohan semasa sambutan Thaipusam di Batu Caves, di sini semalam.

inspektor shiela
Tangkap layar video tular kekecohan di sambutan Thaipusam.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Sheila Sharon Steven Kumar ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Menurut beliau, polis turut memperoleh perintah reman selama satu hari bagi membantu siasatan lanjut.

ā€œPenahanan dibuat susulan pertelingkahan yang berlaku antara wanita terbabit dengan beberapa peniaga berhampiran kawasan kuil, yang berpotensi menimbulkan gangguan ketenteraman awam,ā€ katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program kepolisan komuniti di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves, hari ini.

Mohd Khalid berkata, siasatan kes berkenaan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta tindakan lanjut yang perlu diambil.

Terdahulu, tular di media sosial sebuah rakaman video memaparkan seorang wanita dipercayai Inspektor Sheila mencetuskan kekecohan di kawasan kuil sebelum ditahan oleh dua anggota polis wanita.

Dalam rakaman tersebut, wanita berkenaan dilihat memakai baju hitam dan seluar pendek ketika kejadian berlaku.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button