KPM buka ambilan 20,000 guru baharu – Fadhlina
PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan pengambilan seramai 20,000 orang guru bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar di sekolah-sekolah seluruh negara.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pengambilan besar-besaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 baharu secara Contract of Service (CoS) itu merupakan sebahagian daripada persiapan awal pihaknya bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035.
Selain itu katanya, ia juga mengambil kira kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun Satu secara sukarela yang akan bermula pada tahun hadapan.
“Bagi memastikan tahap profesionalisme dan kompetensi guru sentiasa terpelihara, calon-calon yang terpilih akan diwajibkan mengikuti latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM merangkumi pelbagai bidang pengkhususan yang diperlukan dalam sistem pendidikan negara.
“Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam usaha memperkukuh dan meningkatkan mutu pendidikan negara demi memastikan manfaat jangka panjang kepada anak-anak Malaysia,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Sehubungan itu katanya, semua calon yang berkelayakan dipelawa untuk memohon dan bersama-sama menyumbang bakti sebagai pendidik dalam membentuk generasi masa hadapan negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














