Lapan maut, 138 selamat dalam nahas feri di Filipina terkorban manakala 138
MANILA – Sekurang-kurangnya lapan orang disahkan lagi berjaya diselamatkan selepas sebuah feri yang membawa 342 penumpang karam di selatan Filipina, pagi tadi.
Datuk Bandar wilayah Basilan, Arsina Laja Kahing-Nanoh, mengesahkan kematian melibatkan insiden feri M/V Trisha Kerstin 3 itu, sambil memaklumkan operasi menyelamat masih diteruskan, menerusi satu hantaran di Facebook.
![Pasukan penyelamat membantu mangsa terselamat selepas sebuah kapal penumpang yang membawa lebih 300 orang karam di perairan Pulau Basilan, awal pagi Isnin.[Tangkap layar daripada video yang dimuat naik di Facebook oleh Gabenor Basilan, Mujiv Hataman]](https://malaysiatribune.news/wp-content/uploads/2026/01/Screenshot-55-1769388440-png.avif)
[Tangkap layar daripada video yang dimuat naik di Facebook oleh Gabenor Basilan, Mujiv Hataman]
“Buat masa ini, sekurang-kurangnya 138 penumpang telah diselamatkan, manakala 18 orang lagi terpaksa dipindahkan ke hospital tempatan lain untuk rawatan lanjut,” memetik Kosmo online.
Menurut beliau, feri berkenaan sedang dalam perjalanan dari Bandar Zamboanga menuju Pulau Jolo ketika nahas berlaku, namun punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Dalam perkembangan sama, Pengawal Pantai Filipina memaklumkan pihaknya sedang giat menyelaras bantuan bersama stesen di selatan Mindanao bagi mempercepatkan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang.
Filipina, sebuah negara kepulauan dengan lebih 116 juta penduduk, mempunyai rekod panjang melibatkan kemalangan feri.
Pada 2023, lebih 30 orang terkorban selepas sebuah feri terbakar di selatan negara itu.
Operasi mencari dan menyelamat dijangka diteruskan bagi memastikan semua penumpang feri terbabit dapat dikesan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













