Taufan Kalmaegi badai tengah Filipina, 26 termasuk kanak-kanak terkorban
MANILA – Angka korban akibat Taufan Kalmaegi yang melanda tengah Filipina, hari ini, meningkat kepada sekurang-kurang 26 mangsa termasuk kanak-kanak.
Bencana itu menyebabkan seluruh bandar di Pulau Cebu ditenggelami banjir besar, malah terdapat rakaman video menunjukkan kontena kapal turut dihanyutkan arus bah berlumpur, lapor Reuters.
“Situasi yang sedang melanda Cebu benar-benar tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Gabenor wilayah berkenaan, Pamela Baricuatro, dalam hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pentadbir di Pejabat Pertahanan Awam, Rafaelito Alejandro berkata, 21 daripada mangsa yang maut dilaporkan di wilayah Cebu yang menyaksikan beberapa bandar ditenggelami banjir.
“Berdasarkan maklumat diperoleh, kebanyakan mereka meninggal dunia akibat lemas,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, sebuah helikopter tentera Filipina dilaporkan terhempas ketika menjalankan misi bantuan susulan badai Taufan Kalmaegi di Pulau Mindanao, hari ini.
Menurut Pusat Kawalan Mindanao Timur dalam satu kenyataan, helikopter jenis Super Huey itu terhempas ketika dalam perjalanan ke bandar Butuan untuk menyokong operasi bantuan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








