Banjir, tanah runtuh ragut 12 nyawa di Filipina
MANILA – Sekurang-kurangnya 12 orang maut manakala lapan lagi masih hilang selepas banjir dan tanah runtuh melanda beberapa kawasan di Filipina susulan gabungan Monsun Barat Daya dengan dua taufan tropika, Kujira dan Dolphin.
Penolong Setiausaha Pejabat Pertahanan Awam (OCD), Laurence Mina berkata, 11 lagi mangsa dilaporkan cedera dalam bencana yang menjejaskan beberapa wilayah negara itu.
Menurutnya, kematian dilaporkan berpunca daripada beberapa kejadian termasuk tanah runtuh, runtuhan batu, pokok tumbang, renjatan elektrik dan lemas.
“Sebanyak 11 orang turut dilaporkan cedera,” katanya seperti dipetik The Philippine Daily Inquirer.
Sementara itu, GMA News Online melaporkan hampir 586,000 penduduk di sembilan wilayah dan 33 wilayah pentadbiran terjejas akibat bencana berkenaan.
Katanya, seramai 4,866 penduduk dipindahkan lebih awal dari kawasan berisiko di Wilayah I, III, Calabarzon dan Mimaropa sebagai langkah keselamatan.
Dalam perkembangan sama, lebih 32,800 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing dan kini ditempatkan di pusat pemindahan atau menumpang di rumah saudara-mara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








