PRN Melaka: Abang Long pilih jalan kaki 10km tawan Duyong
MELAKA – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong, Poo Long Suan memilih cara tersendiri untuk mendekati pengundi apabila akan berjalan kaki sejauh 10 kilometer (km) merentasi DUN Duyong pada Ahad ini menerusi program “Langkah Abang Long”.
Poo Long Suan yang mahu dipanggil “Abang Long” berkata, program yang turut disertai Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong itu akan bermula pada jam 7 pagi.
“Saya akan mulakan perjalanan pada jam 7 pagi dan mengajak seberapa ramai peserta bersama menyertai Langkah Abang Long untuk bersama menilai sendiri sejauh mana kawasan tersebut mesra pejalan kaki,” katanya dalam sidang media di BGU PH hari ini.
Beliau berkata, program itu bertujuan melihat sendiri keadaan laluan yang digunakan penduduk setiap hari.
“Saya mahu melihat sendiri keadaan laluan yang digunakan penduduk setiap hari, sama ada laluan pejalan kaki bersambung dengan baik, selamat dan selesa digunakan,” katanya.
Menurutnya, pemerhatian sepanjang 10 km itu diharap dapat mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik.
“Saya harap pemerhatian sepanjang 10 km itu dapat mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik,” katanya.
Beliau berkata, sebagai seorang ahli perniagaan, beliau lebih berminat untuk bersemuka dengan penduduk bagi menyelami masalah mereka.
“Sebagai seorang ahli perniagaan saya lebih berminat untuk bersemuka dengan penduduk bagi menyelami masalah mereka,” katanya.
Mengulas saingan dua penjuru menentang penyandang Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, Long Suan tanpa berselindung mengakui pencabarnya itu sangat rajin dan terkenal di Duyong.
Bagaimanapun, beliau akan memanfaatkan tempoh berkempen untuk menemui rakyat dengan cara tersendiri.
“Setakat tempoh berkempen ini saya mendapat reaksi positif daripada pengundi,” katanya.
Beliau berkata, pengundi yang ditemui memberi sambutan baik selain mengemukakan cadangan dan harapan untuk tempoh lima tahun akan datang.
“Mereka senyum dan bertutur dengan baik ketika berjumpa, ada juga yang kemukakan cadangan dan suarakan harapan untuk tempoh lima tahun akan datang,” katanya.
“Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mencatat kemenangan walaupun berdepan saingan sengit.
“Bila masuk bertanding kita akan usaha sebaik mungkin supaya kita boleh mencatat kemenangan walaupun tough fight,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














