POLITIK

PRN Melaka tahun ini – Ab Rauf

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan dibuat tahun ini bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

“Apa pun tempoh penggal kerajaan negeri Melaka, ia akan berakhir tahun ini. Itu sahaja.

“Oleh kerana ia berakhir tahun ini, maka pilihan raya (negeri) akan diadakan tahun ini,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato Onn, di sini malam tadi.

Sebagai rekod, PRN Melaka yang lalu diadakan pada 20 November 2021.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mesyuarat khas Majlis Tertinggi malam tadi diadakan seperti biasa susulan perhimpunan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri parti.

Beliau berkata, semua ahli Majlis Tertinggi, termasuk naib-naib presiden yang menghadiri perhimpunan sayap, telah membentangkan laporan mengenai usul-usul dalam mesyuarat tersebut.

“Kami juga membincangkan usul-usul yang dibangkitkan. Satu lagi agenda utama adalah untuk membahaskan dan memperhalusi ucapan dasar Presiden, yang akan dijadikan sebagai satu usul Majlis Tertinggi untuk dibentangkan oleh presiden,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button