Jenayah & Mahkamah

Polis Johor sahkan pegawai kanan, 2 pegawai rendah ditahan SPRM

JOHOR BAHRU – Polis Johor mengesahkan seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan selari sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) bersama SPRM.

“Polis Johor mengesahkan tangkapan yang dibuat SPRM pada 29 Ogos membabitkan seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, dua anggota polis bersama seorang pegawai berpangkat Asisten Superintenden (ASP) ditahan SPRM kerana disyaki merasuah ahli patologi berkaitan ujian saringan air kencing.

Selain ASP, dua lagi anggota berpangkat sarjan dengan kesemuanya dianggarkan berusia 36 hingga 54 itu bertugas di tiga daerah berasingan di Johor.

Sementara itu, SPRM Johor ketika dihubungi berkta, pihaknya tidka akan mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes tersebut setakat ini.

Show More

Related Articles

Back to top button