BERITA SEMASADALAM NEGERI

3.1 juta golongan bujang terima bantuan SARA hari ini

KUALA LUMPUR – Seramai kira-kira 3.1 juta individu bujang yang layak di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mula menerima bantuan bulanan sehingga RM100 hari ini, mengikut kelayakan masing-masing.

Kementerian Kewangan menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, bantuan berkenaan disalurkan kepada penerima di seluruh negara dan hanya boleh digunakan bagi pembelian barangan keperluan asas di pasar raya serta kedai rakan niaga terpilih.

Menurut kementerian itu, golongan bujang berusia antara 21 hingga 59 tahun layak menerima SARA Bulanan berdasarkan dua kategori kelayakan, iaitu bantuan RM50 bagi mereka yang berpendapatan RM2,500 dan ke bawah sebulan, manakala penerima dalam julat pendapatan sama yang tersenarai di bawah eKasih akan menerima RM100.

Bantuan tersebut dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima dan tidak melibatkan pemindahan ke akaun bank.

Dalam pada itu, penerima disarankan membuat semakan baki bantuan bagi memastikan kredit yang diterima dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Semakan baki SARA boleh dilakukan dengan mudah di pasar raya atau kedai rakan niaga terlibat dengan memaklumkan kepada juruwang sebelum transaksi dibuat, dan baki akan dipaparkan pada skrin atau resit pembelian.

Selain itu, penerima turut boleh menyemak status kelayakan serta maklumat pembayaran SARA melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau menerusi laman https://www.mykasih.com.my/.

Bagi mereka yang memerlukan maklumat lanjut, semakan juga boleh dibuat dengan menghubungi talian bantuan STR atau hadir ke mana-mana cawangan LHDN berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button