JENAYAH & MAHKAMAH

Lim Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan gagal batal pertuduhan rasuah, AMLA

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak rayuan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; isterinya, Betty Chew dan ahli perniagaan, Phang Li Koon untuk membatalkan pertuduhan
Kes rasuah projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta dan pengubahan wang haram (AMLA) dihadapi mereka.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azman Abdullah yang bersidang bersama Datuk Noorin Badaruddin dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid memutuskan demikian selepas mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang sebelum ini menolak permohonan sama.

Ketika membaca keputusan sebulat suara, Noorin berkata, mahkamah mendapati keputusan Mahkamah Tinggi adalah tepat dan tiada alasan untuk mencampuri dapatan tersebut.

Pada 3 Mei 2024, Mahkamah Tinggi menolak permohonan ketiga-tiga perayu untuk membatalkan pertuduhan berkenaan, dengan menyatakan doktrin autrefois acquit atau peraturan terhadap pendakwaan berganda yang dihujahkan oleh pihak pembelaan tidak terpakai kerana tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Pada 26 Mei 2023, Guan Eng, Betty dan Li Koon memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram atas alasan pihak pendakwaan menggunakan keterangan daripada kes terdahulu membabitkan pembelian banglo oleh Guan Eng di Jalan Pinhorn, walaupun beliau dibebaskan dan dilepaskan pada 2018.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button