Fenomena air pasang besar, 64 kampung di muara sungai seluruh Terengganu berisiko dilimpahi air
KUALA TERENGGANU – Sebanyak 64 perkampungan yang terletak di 13 muara sungai di semua daerah di Terengganu kecuali Hulu Terengganu berisiko dilimpahi air susulan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku sehingga Isnin ini.
Menurut Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Ir. Osman Abdullah, sepanjang tempoh tersebut, paras air laut dijangka meningkat antara 2.7 hingga 3.5 meter (m).
“Antara lokasi dikhuatiri terjejas di Kuala Terengganu ialah Pulau Duyong, Pulau Ketam, Pulau Rusa, Pulau Sekati, Losong, Kampung Hiliran, dan Taman Lembah Harapan.
“Selain itu, kawasan Taman Desa MBKT, Kampung Laut, Kampung Sungai Derhaka, Taman Chendering Utama, Taman Desa Setia, Taman Tok Adis, dan Kampung Kubang Ikan, juga dikhuatiri terkesan,” katanya, hari ini.
Osman berkata, Kuala Nerus pula melibatkan Seberang Takir, Kampung Ulu Takir, Taman Permint Perdana dan Taman Tengku Ismail.
Beliau berkata, Kampung Gong Batu, Kampung Pengkalan Gelap, Kampung Limau Nipis, Kampung Fikri, Kampung Kuala Setiu dan Kampung Telaga Papan di Setiu juga dikhuatiri terjejas.
“Selain itu, ia turut melibatkan Kampung Pengkalan Atap, Kampung Teluk Budu, Kampung Pantai dan Kampung Pachakan di Besut.
“Bagi daerah Marang, kawasan yang dijangka berisiko ialah Kampung Darat Pak Chan, Kampung Rusila, Kampung Rhu Dua dan Kampung Rhu Rendang,” katanya lagi.
Osman berkata, fenomena air pasang besar itu turut dikhuatiri memberi kesan kepada Kampung Che Lijah,Kampung Seberang Pintasan, Kampung Teluk Bidara dan Kampung Tanjung Jara di Dungun.
Beliau berkata, penduduk Pulau Skepeng Kuala Kemaman, Pengkalan Cicar Bukit Kuang dan Kampung Bakau Tinggi di Kemaman juga perlu berwaspada.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














