KUALA TERENGGANU – Situasi banjir yang melanda Terengganu sejak 21 November lalu, pulih sepenuhnya.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), satu pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih beroperasi iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di sini, ditutup sepenuhnya pukul 8 malam tadi.
“Seramai 31 mangsa daripada 20 keluarga yang menghuni PPS itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
“Sehubungan itu, semua PPS yang dibuka di Terengganu sebelum ini telah ditutup sepenuhnya,” katanya, sebentar tadi.
Sebelum ini, kesemua lapan daerah di negeri ini terjejas banjir melibatkan lebih 10,000 mangsa.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














