BERITA SEMASA

Mangsa banjir di Johor melebihi 7,000 orang

JOHOR BAHRU – Sebanyak 7,324 orang penduduk di negeri ini terjejas akibat banjir dengan 2,062 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini.

Menurut data terkini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), dearah Kota Tinggi kekal paling ramai penduduk terjejas dengan 4,707 orang melibatkan 1,289 keluarga di 26 PPS.

Ia diikuti Johor Bahru iaitu seramai 840 orang melibatkan 233 keluarga di lima pps, manakala Kluang adalah 1,601 orang daripada 493 keluarga di 13 PPS.

Sementara itu, daerah lain seperti Kulai merekodkan 86 orang dengan 23 buah keluarga; Pontian, 17 orang daripada empat keluarga; dan Segamat, 73 penduduk daripada 20 buah keluarga di tiga serta sebuah PPS.

Dalam pada itu, dua jalan di Kota Tinggi dan satu jalan di Johor Bahru serta Segamat masih ditutup untuk semua jenis kenderaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button