Pemandu teksi ditemui maut bersama seorang penumpang cedera parah
KUALA NERUS – Seorang pemandu teksi ditemui maut dengan kesan tikaman pada bahagian belakang badan di dalam kenderaan berhampiran dengan Klinik Kesihatan Seberang Takir di sini, malam tadi.
Mangsa yang berada di tempat duduk pemandu ditemui bersama seorang lagi lelaki yang cedera parah di tempat duduk belakang kenderaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, kedua-dua mangsa ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 11 malam mengenai sebuah teksi yang dalam keadaan mencurigakan.
“Kami menerima panggilan daripada orang awam dan satu pasukan pegawai dan anggota telah dihantar ke lokasi untuk memeriksa kenderaan berkenaan.
” Hasil pemeriksaan menemui dua mangsa, seorang sudah meninggal dunia dan seorang lagi mangsa cedera parah di tempat duduk belakang kenderaan,” katanya.
Mangsa yang maut berusia 51 tahun disahkan pemandu teksi berkenaan manakala suspek yang berusia 29 tahun adalah penumpang.
Katanya, polis turut menemui sebilah pisau ditemui di ruang kaki tempat duduk pemandu.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
“Pagi ini, suspek akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








