BERITA SEMASA
Terengganu umum 19 Mac Hari Kelepasan Am sempena Aidilfitri
KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan Khamis (19 Mac) sebagai Hari Kelepasan Am bersempena dengan Aidilfitri.
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mohamad Azmi Mohd Daham dalam satu kenyataan hari ini berkata, tarikh berkenaan adalah bersamaan 29 Ramadan 1447 Hijrah.
“Kerajaan Negeri Terengganu telah bersetuju untuk mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac 2026 sebagai cuti Hari Kelepasan Am bagi seluruh Terengganu sempena menyambut Aidilfitri,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Beliau dalam kenyataan sama turut berkata, kerajaan negeri bersetuju mengekalkan hari kelepasan am negeri pada 23 Mac 2026 sebagaimana yang diwartakan mengikut Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) pada 30 Oktober 2025.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








