BERITA SEMASA

Banjir Terengganu: 4,080 mangsa dipindahkan ke 57 PPS

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 4,080 mangsa daripada 1,168 keluarga kini ditempatkan di 57 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah di Terengganu berikutan banjir yang melanda negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, Marang mencatatkan jumlah mangsa paling ramai dengan 1,321 orang daripada 374 keluarga di sembilan PPS.

“Di Kemaman, seramai 1,194 mangsa daripada 318 keluarga berada di 12 PPS manakala Setiu mencatat 913 mangsa daripada 275 keluarga di 19 PPS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Di Kuala Terengganu pula, 227 mangsa daripada 98 keluarga ditempatkan di dua PPS.

Sementara itu, Dungun menempatkan 217 mangsa daripada 49 keluarga di enam PPS, Hulu Terengganu 126 mangsa daripada 24 keluarga di tiga PPS, dan Besut pula mencatatkan 74 mangsa daripada 30 keluarga di enam PPS.

Jurucakap JPBNT menasihatkan penduduk di kawasan berisiko supaya sentiasa memantau perkembangan cuaca dan mengikuti arahan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.

Banjir kali ini menyebabkan jalan utama di beberapa kawasan ditenggelami air, sekali gus memaksa penduduk menggunakan bot sebagai pengangkutan utama untuk bergerak di kawasan terjejas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button