Syarikat DayOne salur bantuan kepada mangsa banjir di Bukit Changgang
KUALA LANGAT – Prihatin dengan nasib mangsa banjir di Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang di sini, syarikat Tetuan WG Malaysia IX Sdn Bhd (DayOne) menyalurkan bantuan keperluan asas kepada mereka yang terjejas.
Bantuan yang disampaikan menerusi Pasukan Tapak Habrisalam Architect itu melibatkan bekalan makanan asas termasuk air mineral dan roti bagi membantu penduduk yang terjejas akibat banjir.
Misi bantuan yang bermula seawal pukul 9 pagi itu diketuai Din Effendi Yahya bersama enam anggota pasukan lain iaitu Amri Daud, Muhamad Supardi Harun, Hairun Nadiah Nazri, Khairul Azman Mohd Dalam, Abdul Alim Hakimi Mohamed dan Muhammad Amirul Fitri Hassan.

Menurut Din, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam membantu komuniti setempat yang berdepan situasi kecemasan dan bencana.
“Sebagai syarikat yang beroperasi dalam komuniti ini, DayOne percaya bahawa tanggungjawab sosial korporat bukan sekadar komitmen, tetapi satu amanah untuk bersama-sama membantu masyarakat ketika mereka memerlukan sokongan.
“Walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa, kami berharap bantuan keperluan asas yang disalurkan ini dapat meringankan beban mangsa banjir serta membantu memenuhi keperluan segera mereka sepanjang tempoh yang mencabar ini,” katanya.
Dalam pada itu, dia turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan yang bertungkus-lumus membantu mangsa sejak kejadian tersebut berlaku.
Katanya, kerjasama pelbagai pihak amat penting bagi memastikan proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan lancar serta kehidupan penduduk kembali pulih seperti sediakala.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








