Banjir dan tanah runtuh: 1,234 mangsa masih berlindung di 15 PPS
KUALA LUMPUR – Seramai 1,234 mangsa daripada 351 keluarga masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri berikutan bencana banjir dan tanah runtuh.
Berdasarkan maklumat di portal Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Perak kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 995 orang.
Kesemua mangsa ditempatkan di sembilan PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Bagan Datuk dan Manjung.
Selangor pula menyaksikan satu PPS masih aktif di Kuala Selangor yang menempatkan 57 mangsa terdiri daripada 24 keluarga.
Di Pahang, dua PPS masih beroperasi masing-masing di Raub dan Kuantan dengan 31 mangsa secara keseluruhan.
Sementara itu, beberapa kejadian tanah runtuh berlaku di tiga negeri membabitkan Kelantan, Selangor dan Pahang.
Di Kelantan, satu PPS dibuka di Gua Musang yang menempatkan 52 mangsa manakala di Selangor, seramai 51 mangsa berada di PPS Gombak.
Pahang turut mencatatkan satu PPS aktif di Cameron Highlands melibatkan 48 mangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








