Fasa MTL dijangka bermula 27 Oktober ini
KUALA LUMPUR – Fasa Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mula melanda Malaysia pada 27 Oktober ini dan berterusan hingga Mac 2027.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, ketika fasa itu, angin bertiup secara konsisten dari arah timur laut dengan tiga hingga lima episod hujan lebat berterusan dijangka berlaku yang boleh mengakibatkan banjir di kawasan rendah dan berhampiran sungai.
“Tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta risiko kenaikan paras laut di perairan Laut China Selatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata, taburan hujan dijangka berkurangan terutama di negeri utara Semenanjung dan Sabah menjelang fasa akhir MTL dari Januari hingga Mac 2027.
“Keadaan ini akan menyebabkan cuaca panas dan kering sekali gus berpotensi berlakunya gelombang haba lebih ekstrim berikutan pengaruh fenomena El Nino sangat kuat (Super) yang sedang berlaku.
“Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya bersiap sedia menghadapi keadaan cuaca yang berlaku semasa MTL 2026/2027 dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan METMalaysia.
“Maklumat boleh diperoleh melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







