BERITA SEMASA

MeTMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah hingga esok

CYBERJAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, pada hari ini dan esok.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, kawasan terjejas di Kedah termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, MetMalaysia berkata, angin baratan dijangka bertiup kencang dan menumpu di kawasan utara Semenanjung dalam tempoh sehingga esok.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang, di negeri-negeri utara Semenanjung termasuk kawasan perairan negeri-negeri berkenaan,” kata kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca, bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button