MetMalaysia ramal luruan monsun landa timur Semenanjung 8 hingga 14 Dis
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Dis di timur Semenanjung.
Menurut MetMalaysia, keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan tersebut dalam tempoh berkenaan.
Katanya dalam satu hantaran di akaun X miliknya, analisis terhadap model-model cuaca terkini turut menjangkakan, penumpuan angin berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula petang ini hingga awal pagi esok.
“Keadaan itu berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh berkenaan,” kata hantaran itu.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman web http://www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini serta sahih.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





