BERITA SEMASA

Tenom daerah terbaharu dilanda banjir

KOTA KINABALU – Daerah Tenom menjadi kawasan terbaharu dilanda banjir di Sabah, menjadikan keseluruhan enam daerah terjejas akibat bencana itu setakat pukul 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, proses pemindahan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Tenom sedang giat dilaksanakan.

Kenyataan itu turut memaklumkan, jumlah mangsa banjir yang berlindung di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah menurun kepada 1,564 orang setakat pukul 8 malam tadi, berbanding 2,616 orang petang tadi.

Penurunan itu berikutan sejumlah besar daripada 1,777 mangsa di lima PPS di Pitas sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Kini, hanya tinggal 527 mangsa yang masih ditempatkan di PPS di daerah itu, manakala di PPS Sook hanya terdapat 79 mangsa, Sipitang (352 orang), Beaufort (395 orang) dan Membakut 211 orang,” menurut kenyataan itu.

Secara keseluruhan, sebanyak 140 kampung terjejas dengan banjir di kelima-lima daerah berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button