BERITA SEMASA

TVET berimpak tinggi kunci transformasi pendidikan negara – Ahmad Zahid

GOMBAK – Kerajaan memberi penekanan serius terhadap pembangunan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berimpak tinggi sebagai pemacu utama transformasi sistem pendidikan negara bagi memenuhi keperluan industri masa hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelaksanaan TVET bernilai tinggi di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) membuktikan keupayaan institusi tempatan melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, khususnya dalam bidang strategik seperti semikonduktor dan teknologi satelit.

Menurut beliau, kerjasama UniKL dengan syarikat antarabangsa dari Finland dalam pembangunan satelit tempatan merupakan satu pencapaian membanggakan kerana aspek penyelenggaraan dilaksanakan sepenuhnya oleh tenaga mahir tempatan.

“Langkah ini penting bagi memastikan graduan TVET benar-benar bersedia memasuki pasaran pekerjaan berteknologi tinggi yang menawarkan pendapatan lumayan,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, permintaan industri terhadap graduan TVET kini amat tinggi dengan gaji permulaan mencecah sehingga RM16,000 sebulan, namun usaha memperluaskan peluang kontrak industri perlu diperkukuh.

Beliau berkata, kerajaan menyasarkan 70 peratus lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyertai aliran TVET menjelang akhir Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan setakat ini pencapaian telah mencapai 53.9 peratus.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button