BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH
Dua lelaki cedera ditembak dalam kereta di Seremban
SEREMBAN – Dua lelaki cedera dipercayai ditembak dalam kereta dekat Jalan Rasah menghala ke Plaza Tol Port Dickson, di sini, pagi tadi.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian itu dirakam orang awam memaparkan seorang lelaki dalam keadaan terkulai di tempat duduk pemandu kereta Perodua Myvi berwarna putih.
Berdasarkan video tular, kelihatan beberapa tompokan dan percikan darah pada bahagian luar kereta serta di tempat duduk penumpang.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim mengesahkan kejadian dan dua mangsa berkenaan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














