BERITA SEMASA
Anwar rakam penghargaan kepada PM, kerajaan Thailand bantu rakyat Malaysia terjejas banjir
PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Anutin Charnvirakul dan kerajaan Thailand atas bantuan serta keprihatinan dalam membantu rakyat Malaysia yang terkandas akibat banjir di wilayah terjejas.
Perdana Menteri berkata, tindakan itu mencerminkan kekuatan hubungan dua hala yang telah lama terjalin serta semangat solidariti yang amat kita hargai.
“Malaysia dan Thailand akan terus bekerjasama rapat demi keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu Anwar berkata, Kerajaan MADANI sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap rakyat Malaysia yang masih terkandas dapat pulang ke tanah air dengan selamat.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







