BERITA SEMASADALAM NEGERI

SOP lebih ketat bakal diperkenal selepas insiden di Gunung Liang

KUANTAN – Prosedur operasi standard (SOP) yang lebih berkesan akan diwujudkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) susulan kemalangan tragis membabitkan seorang pendaki ketika mendaki Gunung Liang, Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

Kejadian itu menimbulkan keprihatinan pihak berkuasa mengenai aspek keselamatan pendaki dan khidmat Malim Gunung Perhutanan (MGP), sekali gus mempercepat proses memuktamadkan Garis Panduan Penilaian Risiko Gunung (MOGRAM) sebagai panduan khusus bagi MGP.

Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan) JPNP, Mohd Yussainy Md Yusop berkata, pihaknya memandang serius insiden yang mengakibatkan kehilangan nyawa pendaki tersebut.

Mohd Yussainy memberitahu pihaknya juga akan menilai semula permohonan pendakian secara “compress” di Pahang kerana berisiko tinggi. – Foto Metro Online

Menurutnya, siasatan menyeluruh akan dijalankan melibatkan pelbagai pihak bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tanpa menuding jari antara satu sama lain.

Post mortem akan dilakukan secara profesional melibatkan kepakaran agensi berkaitan. Hasil siasatan ini akan dijadikan asas untuk menambah baik kaedah dan prosedur agar kemalangan sebegini tidak berulang,” katanya memetik laporan Metro Online.

Beliau menjelaskan, kejadian itu melibatkan pendaki bernama Mustaqqeem Mansoor, 34, yang meninggal dunia di puncak Gunung Liang akibat kesejukan melampau.

Mangsa bersama 10 rakan lain yang memulakan pendakian dari laluan Bukit Fraser tidak kembali selepas ahli kumpulan yang lain sudah menamatkan pendakian.

Keluarganya kemudian membuat laporan kehilangan kepada polis yang diikuti operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mayat mangsa ditemui kira-kira pukul 3.30 petang Khamis lalu di puncak gunung.

Mohd Yussainy menegaskan, JPNP akan terus memberi tumpuan kepada peraturan berkaitan penggunaan MGP berpengalaman, yang bertanggungjawab memastikan keselamatan pendaki sepanjang aktiviti.

Jabatan juga akan menilai semula permohonan pendakian secara “compress” di Pahang kerana berisiko tinggi.

Beliau turut menambah bahawa dakwaan MGP merentas negeri tanpa permit merupakan satu kesalahan serius dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak terbabit.

“Kejadian ini memberi pengajaran kepada semua pihak tentang pentingnya aspek keselamatan semasa aktiviti pendakian,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button