Isteri berhak mohon cerai jika suami sakit jiwa – Ustaz Azhar Idrus
KUALA LUMPUR – Seorang isteri berhak memfailkan permohonan cerai di mahkamah syariah sekiranya suami menghidap penyakit mental atau bertindak merbahaya ke atas dirinya.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, isteri haram meminta cerai tanpa sebab namun jika terdapat sebab yang dibenarkan oleh syarak, hukumnya adalah diperbolehkan.
“Salah satu sebab yang membolehkan isteri menuntut perceraian adalah apabila suami menghidap sakit jiwa, gila atau mempunyai penyakit yang membahayakan, termasuk bertindak merbahaya ke atas isteri,” katanya dalam ruangan soal jawab di saluran WhatsApp beliau.
Ustaz Azhar merujuk kepada riwayat daripada Sa‘id bin Al-Musayyib yang menyatakan:
“Mana-mana lelaki yang mengahwini seorang wanita dan lelaki itu ada penyakit gila atau penyakit merbahaya maka wanita itu boleh memilih, sama ada meneruskan perkahwinan atau berpisah.” (Riwayat Imam Malik, Al-Muwattha’)
Ustaz Azhar juga menegaskan bahawa dalam keadaan sedemikian, tindakan isteri memohon cerai tidak dianggap berdosa.
“Permohonan cerai yang dibuat kerana alasan syarak adalah dibenarkan dan diharuskan, terutama apabila keselamatan, maruah dan nyawa isteri berisiko akibat tindakan suami,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








