AGAMA

Haram namakan kucing dengan nama nabi atau manusia – Ustaz Azhar Idrus

KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan agar tidak menamakan haiwan peliharaan khususnya kucing dengan nama-nama nabi atau manusia kerana perbuatan tersebut adalah haram menurut pandangan para ulama.

Nasihat itu disampaikan oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menerusi satu hantaran video yang kini tular di media sosial.

Ustaz Azhar menegaskan haram hukumnya menamakan haiwan peliharaan seperti kucing dengan nama nabi atau manusia.

“Jangan letak nama binatang dengan nama nabi. Haram, mengikut ijmak ulama. Nama manusia pun dilarang,” katanya.

Menurut beliau, penamaan tersebut dianggap tidak beradab kerana nama para nabi dan manusia mempunyai kedudukan yang mulia, sedangkan haiwan tidak mempunyai martabat yang sama.

Justeru, umat Islam digesa lebih berhati-hati dan beradab dalam menamakan haiwan peliharaan mereka.

Isu tersebut turut mencetuskan perbincangan dalam kalangan masyarakat, sekali gus membuka ruang kesedaran tentang pentingnya menjaga adab dalam perkara yang kelihatan kecil namun mempunyai implikasi besar dari sudut hukum dan penghormatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button