AGAMABERITA SEMASA

Haram buat video persenda hukum Allah – Ustaz Azhar Idrus

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, tindakan individu Muslim yang sengaja mempersendakan hukum dan azab Allah SWT tentang pembalasan akhirat boleh menyebabkan seseorang itu murtad.

Malah, beliau menegaskan jika meninggal dunia, haram mayatnya ditanam di kawasan perkuburan Islam.

Ustaz Azhar berkata sedemikian apabila diminta mengulas tentang satu video dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) tular dari Indonesia yang kononnya menunjukkan keadaan sehari di neraka.

“Viral satu video dari negara Konoha, seorang lelaki buat video berenang-renang dalam api neraka.

“Dia kata tak panas, enjoy saja boleh duduk dalam api neraka. Kalau dia orang Islam, jadi kafir laknatullah kerana meringan-ringankan janji dan azab Allah.

“Hukumnya murtad. Haram ditanam di kubur orang Islam kalau dia mati. Jika mayat sudah ditanam di kubur orang Islam, wajib digali dan dibuang di dalam hutan.

“Nampak hinanya orang yang ‘menganjing’ (mempersenda) hukum Allah. ‘Menganjing’ dengan agama tak boleh,” tegas beliau dalam satu sesi ceramah.

Terdahulu, video tersebut mendapat kecaman daripada umat Islam yang menyifatkan tindakan itu sebagai melampau.

Malah, ramai pendakwah termasuk dari Malaysia membuat teguran mengenainya di media sosial masing-masing.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button