Bapa bukan Islam tidak sah jadi wali nikah
Bapa bukan Islam tidak sah jadi wali nikah
KUALA LUMPUR – Mualaf perempuan yang ingin melangsungkan pernikahan tidak boleh berwalikan bapa sekiranya lelaki itu masih belum memeluk Islam, demikian penjelasan pendakwah, Ustaz Azhar Idrus.
Menurut beliau, syarat sah wali nikah mestilah seorang lelaki Islam kerana orang bukan Islam tidak boleh menjadi wali kepada wanita Muslim.
Perkara itu berlandaskan firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah, ayat 71:
“Dan sekalian orang Mukmin lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi wali bagi sebahagiannya.”
Ustaz Azhar turut merujuk pandangan Imam Taqiyuddin Ad-Dimasyqi dalam kitab Kifayah al-Akhyar yang menegaskan tidak harus bagi seorang kafir menjadi wali kepada wanita Muslim.
“Sekiranya bapa pengantin perempuan bukan Islam, kewalian berpindah kepada datuk, saudara lelaki, anak saudara, bapa saudara atau sepupunya.
“Jika tiada wali-wali berkenaan, maka pernikahan hendaklah dilangsungkan dengan wali hakim,” jelas Ustaz Azhar menerusi soal jawab di saluran WhatsApp beliau.
Beliau turut mengutip pandangan Imam Nawawi dalam kitab Al-Majmuk yang menyatakan kewalian berpindah kepada wali seterusnya apabila wali terdekat tidak layak, sama ada kerana berlainan agama, fasiq, gila atau belum cukup umur.
Imam Nawawi turut menjelaskan bahawa Rasulullah SAW menikahkan Ummu Habibah dengan sepupunya meskipun bapanya masih hidup kerana bapanya seorang kafir.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








