Solat tidak batal jika matikan telefon berdering – Ustaz Azhar Idrus
KUALA LUMPUR – Deringan telefon bimbit ketika sedang menunaikan solat sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan jemaah sama ada dibolehkan atau tidak untuk mematikannya.
Ini kerana pergerakan untuk mematikan telefon juga dbimbangi boleh membatalkan solat.
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus berkata, mematikan deringan telefon ketika solat adalah dibenarkan kerana bunyinya boleh mengganggu kekhusyukan jemaah.
“Ia sesuai dengan prinsip fiqh iaitu kemudaratan hendaklah dihilangkan,” katanya menerusi soal jawab agama di saluran WhatsApp beliau.
Ustaz Azhar menjelaskan, pergerakan sedikit untuk mematikan deringan tidak membatalkan solat, asalkan ia bukan dilakukan untuk bermain atau bersuka-suka.
Beliau merujuk kepada kata-kata Syeikh Sayyed Abu Bakar As-Syafie dalam kitab I’anah at-Talibin:
“Dan tempat tidak batal solat itu ialah dengan perbuatan yang sedikit jika tidak dengan tujuan bermain. Jika dengan tujuan bermain maka batal solatnya.”
Langkah mematikan deringan telefon ini disarankan kepada jemaah agar solat dapat dilakukan dengan lebih khusyuk dan tidak terganggu oleh bunyi luar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








