BERITA SEMASA

Empat hilang, enam berjaya diselamatkan bot terbalik

KUCHING – Empat orang termasuk tiga warga Indonesia hilang manakala enam lagi berjaya diselamatkan selepas bot yang dinaiki mereka terbalik di Sungai Krian berhampiran terminal feri Kaba di Saratok, Betong, petang semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 5.30 petang ketika semua mangsa, yang merupakan pekerja sebuah syarikat pembinaan, sedang menyeberangi sungai selepas selesai bekerja, lapor NST Online.

Difahamkan, bot tersebut terbalik di tengah sungai.

Mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Mohd Asfar Sulaiman, 25, manakala tiga warga Indonesia dikenali sebagai Gunawan Pawadi, 35; Budianto Yapani, 50; dan Karyono, 41.

Enam mangsa yang terselamat semuanya merupakan warga Indonesia.

Jurucakap pusat operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, anggota penyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian selepas panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.13 petang.

“Empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 56 km dari balai, dan tiba di lpkasi pada pukul 7.10 malam,” katanya.

“Pasukan penyelamat mendapatkan maklumat awal daripada mangsa yang terselamat dan menasihatkan pihak syarikat untuk membuat laporan polis.”

Beliau menambah bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) tidak dapat diteruskan malam tadi atas faktor keselamatan dan akan disambung semula pagi ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button