BERITA SEMASASUKAN

Bekas jurulatih Zii Jia kritikal di hospital setelah terlibat dalam kemalangan

KUALA LUMPUR – Bekas jurulatih badminton negara, Wong Tat Meng kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas terlibat dalam kemalangan motosikal di Putty Road, Garland Valley, di Sydney, Australia, Ahad lalu.

Laporan NST yang memetik kenyataan Datuk James Selvaraj berkata, Tat Meng yang dikenali sebagai peminat motosikal tegar mengalami kecederaan serius akibat kemalangan itu.

Kemalangan yang melibatkan dua buah motosikal itu mengakibatkan seorang penunggang maut di lokasi kejadian, manakala Tat Meng, 58, diterbangkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

Tat Meng sebelum ini membantu Lee Zii Jia meraih pingat gangsa di Olimpik Paris 2024 sebelum meletakkan jawatan dan berhijrah ke Sydney sebagai jurulatih kelab.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button