PM santuni peserta human graphic, puji persembahan terbaik
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni lebih 2,000 pelajar sekolah yang menjayakan persembahan human graphic pada sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, hari ini.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelajar-pelajar berkenaan telah berlatih lebih dua bulan bagi memastikan persembahan berjalan lancar dan penuh bersemangat.
“Perdana Menteri sendiri memuji usaha mereka dan menyifatkan ini adalah persembahan human graphic terbaik yang pernah beliau saksikan,” katanya di sini hari ini.
Fahmi berkata, komitmen para pelajar menggambarkan semangat patriotisme tinggi generasi muda yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjayakan acara negara.
“Ini juga menunjukkan bagaimana sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar acara perbarisan, tetapi melibatkan penyertaan aktif anak muda yang bakal menjadi pemimpin masa depan,” ujarnya lagi.
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 mencatatkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung dengan 14,062 peserta menyertai acara perbarisan.
Selain itu, program RIUH Merdeka yang berlangsung di Dataran Monumen Presint 2 turut meriah dengan pelbagai aktiviti, termasuk persembahan seni, jualan produk tempatan serta makanan dan minuman sehingga jam 6 petang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








