BERITA SEMASA

‘Saya ulang’, PM beri bayangan inti utama pengumuman luar biasa

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan mengenai pengumuman luar biasa yang akan dibuat beliau menerusi satu hantaran video pendek yang ringkas dengan penuh makna tersurat menerusi laman media sosialnya pada awal pagi ini.

Dalam video yang hanya berdurasi 12 saat itu, Perdana Menteri menayangkan semula potongan video ‘saya ulang’ yang menjadi sangat sinonim dengan beliau ketika ceramah politik beberapa tahun lalu.

Turut dimasukkan ialah potongan video Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang menyanyikan lagu Tunggu Sekejap.

Meskipun tidak jelas, video tersebut memberikan bayangan utama mengenai pengumuman yang akan dibuat pada pukul 10.30 pagi ini.

Berdasarkan video klip yang disunting itu kemungkinan Perdana Menteri memberi bayangan mengenai pengumuman harga petrol.

Menurut pempengaruh terkenal, Mohd Fadli Salleh, dia berharap pengumuman itu mengenai penurunan harga minyak.

“Beliau sendiri share video “Saya ulang”. So, harga minyak turun insya-Allah esok. Harap turun buat semua lah. Jangan jadi subsidi bersasar, T20 tak dapat apa.

“Jika benar minyak turun esok, tahniah. Berjaya makbulkan janji. Walau tidak dalam masa 24 jam, at least ada. Better late than never kata orang,” tulisnya dalam satu hantaran di laman media sosialnya.

Sementara itu, orang ramai masing-masing membuat tekaan dan teruja untuk menunggu pengumuman luar biasa itu.

“Hint dah bagi…moga ada khabar gembira buat rakyat yang memerlukan bantuan dari Kerajaan MADANI,” tulis Azahari Abd Rahman.

“DSAI bagi clue tu adakah minyak turun esok sama-sama kita nanti kan,” tulis Ahmad Faiz.

Sementara itu, Anwar dalam satu hantaran yang lebih awal mengesahkan akan membuat pengumuman itu pada pukul 10.30 pagi ini.

“Insya-Allah, esok saya akan umumkan penghargaan yang dijanjikan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan MADANI kepada rakyat Malaysia yang sentiasa teguh bersama dalam setiap langkah reformasi.

“Moga pengumuman ini membawa manfaat buat rakyat terbanyak, dan menjadi cerminan usaha kita bersama untuk membina masa depan yang lebih adil dan sejahtera,” katanya.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button