BERITA SEMASAPMX

PM Anwar tiba di Moscow, mula lawatan rasmi empat hari

MOSCOW – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Moscow bagi memulakan lawatan rasmi empat hari ke Rusia.

Beliau disambut dengan kawalan kehormat sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo pada 6.26 petang waktu tempatan (11.26 malam waktu Malaysia).

“Alhamdulillah, saya telah selamat tiba ke Moscow petang tadi bagi memulakan rangka lawatan rasmi ke Persekutuan Rusia sehingga Jumaat ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Menurut Anwar, beliau akan mengadakan pertemuan peringkat tertinggi bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Perdana Menteri Rusia, Mikhail Mishustin bagi memperkukuh kerjasama baharu dalam pelbagai bidang strategik.

Anwar berkata, beliau juga dijadualkan bertemu beberapa pemimpin industri utama Rusia untuk menarik lebih banyak pelaburan berimpak tinggi ke Malaysia.

Related Articles

“Doakan misi saya bersama delegasi Malaysia berjaya menggalas amanah besar memangkin pertumbuhan ekonomi, memperluas jaringan strategik serta membawa limpahan kemakmuran untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan akan berada di Moscow sehingga 15 Mei sebelum meneruskan perjalanan ke Kazan bagi menghadiri Mesyuarat Kumpulan Visi Strategik Russia-Islamic World dan KazanForum.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button