Permohonan Tengku Zafrul sertai PKR diluluskan, kini ahli cabang Ampang
OSAKA – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengesahkan permohonan beliau untuk menyertai parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah diluluskan dua minggu lepas.
Tengku Zafrul berkata, beliau kini merupakan ahli PKR bagi cabang Ampang.
“Saya tidak ingat tarikh (penerimaan permohonan) tapi ia adalah ketika perjumpaan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti, dua minggu lepas,” katanya memetik laporan Bernama.
Terdahulu beliau mengadakan lawatan ke Pavilion Malaysia bersempena Expo 2025 Osaka di Jepun.
Pada 30 Mei lepas, beliau mengumumkan peletakan jawatannya dalam UMNO dan menyatakan niat untuk menyertai PKR.
Tengku Zafrul, menerusi surat yang dihantar kepada pimpinan UMNO, memaklumkan hasrat untuk meletak jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








