BERITA SEMASALUAR NEGARA

Lapan kanak-kanak terkorban diserang Israel ketika beratur dapatkan makanan

GAZA – Lapan kanak-kanak maut dalam satu serangan udara rejim Zionis ketika sedang beratur bagi mendapatkan bantuan makanan di luar sebuah klinik kesihatan di Deir el-Balah, Gaza semalam.

Menurut Agensi Pertahanan Awam Gaza, serangan berkenaan merupakan sebahagian daripada siri pengeboman yang berlaku di seluruh wilayah Palestin, mengorbankan seramai 66 orang dalam tempoh sama.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memaklumkan antara mangsa yang terkorban ialah seorang bayi lelaki berusia satu tahun, manakala ibunya mengalami kecederaan parah.

Baca juga : Israel mahu tempatkan semua penduduk Gaza dalam ‘bandar kemanusiaan

Baca juga : Kenderaan perisai dibom, 7 askar Israel maut di Selatan Gaza

Sementara itu, pertubuhan kebajikan Project Hope yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan mengendalikan klinik berkenaan memberitahu, para mangsa ketika itu sedang menunggu klinik dibuka bagi mendapatkan rawatan kekurangan zat makanan, jangkitan serta penyakit lain.

Menurut Project Hope, jumlah kematian yang dicatatkan adalah seramai 15 orang, termasuk 10 kanak-kanak dan dua wanita.

Dalam pada itu, tentera Israel mengesahkan kepada agensi berita AFP bahawa serangan yang dilancarkan menyasarkan seorang militan Hamas di kawasan Deir el-Balah, yang didakwa terlibat dalam serangan ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button