BERITA SEMASAHIBURAN

Fung Keong kembali gegar pasaran, jadi lambang warisan dan nostalgia tempatan

KUALA LUMPUR – Jenama kasut tempatan yang pernah menjadi sebutan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu, Fung Keong, kini bangkit semula selepas sekian lama dilupakan.

Usaha mengembalikan semula produk penuh nostalgia ini akan dipelopor penerbit indie, Rabak-Lit.Fung Keong kembali gegar pasaran, jadi lambang warisan dan nostalgia tempatan

Diperkenalkan sejak era 1920-an oleh usahawan, Fung Poi-Fong, jenama kasut kanvas beralas getah ini pernah menjadi pilihan utama rakyat jelata, khususnya golongan pekerja, pelajar dan petani kerana ketahanannya.

Namun, menjelang tahun 1990-an, Fung Keong mula tenggelam apabila syarikatnya mengalih tumpuan kepada industri tayar dan akhirnya menghentikan pengeluaran kasut.Fung Keong kembali gegar pasaran, jadi lambang warisan dan nostalgia tempatan

Kini, selepas lebih dua dekad, Rabak-Lit tampil mengambil inisiatif menyelamatkan semula jenama itu dengan pendekatan segar yang menggabungkan elemen nostalgia dan warisan budaya.

Pengarah Urusan Rabak-Lit, Izzat Amir berkata, pihaknya mula berunding untuk mendapatkan hak penggunaan semula jenama Fung Keong sejak tahun 2022 dan berjaya menghidupkannya kembali dengan reka bentuk yang moden tanpa mengabaikan identiti asal.Fung Keong kembali gegar pasaran, jadi lambang warisan dan nostalgia tempatan

“Fung Keong bukan sekadar kasut. Ia adalah sejarah dan memori rakyat Malaysia. Kami mahu jadikan ia satu simbol warisan yang boleh dibanggakan oleh generasi lama dan baru,” katanya lagi.

Antara koleksi yang mencuri tumpuan termasuk kolaborasi edisi khas bersama tokoh seni tempatan seperti pengarah terkenal Nasir Jani, serta ikon filem klasik Datuk M. Nasir, selain watak animasi tempatan Keluang Man dan Osman Tikus.

Kasut edisi “Kembara Seniman Jalanan” yang dilancarkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIBF) 2025 menerima sambutan hangat apabila lebih 70 peratus unit terjual dalam tempoh singkat.

Menurut Izzat, usaha mengangkat semula Fung Keong bukan semata-mata soal pemasaran, tetapi misi mengembalikan semangat cintakan produk tempatan yang selama ini dibayangi jenama antarabangsa.Fung Keong kembali gegar pasaran, jadi lambang warisan dan nostalgia tempatan

“Kami bukan sekadar jual kasut, tetapi membawa cerita dan semangat rakyat Malaysia.

“Ini satu usaha untuk mengingatkan bahawa kita juga punya produk beridentiti dan berkualiti tinggi,” katanya lagi.

Rabak-Lit turut merancang untuk memperluaskan pengaruh jenama ini ke pentas lebih besar apabila bakal menganjurkan pameran khas kasut tempatan bersejarah pada November depan.

Usaha itu termasuk pameran rak kasut lama era 80-an dan 90-an serta pengumpulan edisi FK SIAR sempena ulang tahun ke-50 filem Malaysia.

Kebangkitan Fung Keong disifatkan sebagai simbol perjuangan budaya tempatan yang tidak pernah luntur meskipun terbenam dalam arus zaman.

Kini, kasut rakyat itu kembali melangkah, bukan sekadar di kaki, tetapi juga dalam hati peminat warisan tempatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button