POLITIK

WARISAN namakan calon bagi PRK Kinabatangan, DUN Lamag

CYBERJAYA – Parti WARISAN hari ini menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan, 24 Jan depan.

Bekas wakil rakyat UMNO itu akan berdepan calon Barisan Nasional (BN) Naim Moktar Radin, anak kepada penyandang kerusi terbabit yang meninggal dunia pada 5 Dis lalu, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Menurut Malaysiakini, Saddi menyertai WARISAN, November lalu.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Presiden WARISAN, Datuk Darell Leiking, dalam satu majlis, hari ini.

Dalam majlis sama, Darell turut mengumumkan Mazliwati Abdul Malik Chua sebagai calon pada PRK DUN Lamag.

Sebagai rekod, Mazlina merupakan calon WARISAN bagi kerusi Parlimen Kinabatangan ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 2022.

Darell berkata, keputusan parti itu bertanding pada PRK tersebut bukan bermakna tidak menghormati jasa Allahyarham Bung Moktar ketika menjadi wakil rakyat.

“Keputusan WARISAN untuk bertanding bukanlah penafian terhadap sumbangan dan khidmat Bung, dan tentunya bukan satu bentuk tidak hormat terhadap beliau atau keluarganya.

“Ia lahir daripada kepercayaan bahawa mandat rakyat mesti diteruskan, dan tanggungjawab untuk mewakili rakyat hanya boleh dilaksanakan melalui proses yang sah dan berperlembagaan,” katanya ketika majlis tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button