Dakwa WARISAN punca tiada wakil Cima dalam Kabinet baharu, Leiking bidas Teck Lee
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden WARISAN, Darell Leiking membidas kenyataan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee yang menyalahkan parti itu atas ketiadaan wakil masyarakat Cina dalam barisan Kabinet baharu kerajaan Sabah pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.
Leiking berkata, Jika SAPP tidak berpuas hati dengan kurangnya wakil Cina dalam Kabinet, soalan itu sepatutnya ditujukan kepada kerajaan yang memerintah dan bukannya kepada parti pembangkang.
“Sebagai contoh dan cadangan soalan untuk Teck Lee sendiri bertanya ialah Datuk Ben Chong telah dipilih secara sah oleh rakyat jadi mengapa beliau tidak dilantik sebagai timbalan ketua menteri atau menteri penuh?
“Mengapa hanya sebagai pembantu menteri? Jadi Teck Lee soalan itu patut ditanya kepada Ketua Menteri, bukan kepada Warisan dan semalam juga, dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri Lantikan berketurunan Cina turut dilantik. Jelas bahawa proses pelantikan masih berjalan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu Leiking berkata, parti itu tetap komited untuk memastikan semua rakyat Sabah, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, diberi kedudukan yang setara dan berlandaskan merit demi membina Sabah yang Lebih Baharu,
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







