Peruntukan RM7.76 juta bagi siapkan pembinaan Masjid At-Taqwa – PM Anwar
TUMPAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM7.76 juta bagi menyiapkan Masjid At-Taqwa Alor Pasir di sini.
Kata Anwar, peruntukan yang disalurkan menerusi Jabatan Perdana Menteri itu merupakan peruntukan terbesar yang diluluskan untuk masjid sejak beliau menjadi Perdana Menteri.
“Saya tidak dapat menolak permintaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kerana beliau sahabat dan keluarga besar saya.
“Walau berbeza fahaman politik tetapi sikap dan hemah beliau saya kalah, kalau dia minta apa-apa saya sukar nak tolak,” kata Anwar pada Majlis Penyerahan Sumbangan YAB Perdana Menteri bagi Projek Menyiapkan Masjid At-Taqwa Alor Pasir, di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad berkata, pembinaan Masjid At-Taqwa melibatkan kos sebanyak RM12.6 juta dan kini siap 30 peratus.
Menurut beliau, masjid berkeluasan 1800 kaki persegi itu apabila siap kelak dapat menampung seramai 1,600 jemaah di mukim Alor Pasir.
“Pembinaan itu melibatkan ruang solat lebih selesa, bilik mesyuarat, pejabat, ruang mengaji dan perpustakaan,” kata Ahmad lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








