
Bekas PM Itali meninggal dunia
ROM – Bekas perdana menteri Itali, Silvio Berlusconi dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun pada Isnin.
Menurut laporan agensi dpa, kematian Berlusconi disahkan oleh seorang jurucakapnya.
Sementara itu, media Itali melaporkan, Berlusconi meninggal dunia di sebuah hospital di Milan.
Terdahulu, Hospital San Raffaele di Milan memaklumkan, mendiang dimasukkan ke hospital pada Jumaat untuk pemeriksaan kesihatan berjadual yang berkaitan dengan leukemia.
Pada awal April, Berlusconi pernah dimasukkan ke hospital kerana radang paru-paru.
Berlusconi, seorang usahawan hartanah kontroversi, media dan mogul bola sepak, membentuk arena politik Itali selama beberapa dekad.
Mendiang pernah menjadi perdana menteri sebanyak empat kali di antara 1994 dan 2011.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








